BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 5, 2017

PPROGRAM ASSESSMENT CENTRE (PAC) PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S29

Assalamualaikum.

Apa khabar? Lama rasanya tak menulis. Tajuk harinie sebenarnya agak basi sebab dah lepas lama tapi takpe still nak menulis sebab boleh menjadi rujukan adik-adik yang berpeluang dipanggil menghadiri PEPERIKSAAN ONLINE Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan seterusnya berpeluang untuk ke PROGRAM ASSESSMENT CENTRE untuk jawatan yang dinyatakan dekat tajuk tu.

Pada mulanya aku dipanggil untuk menjawab PEPERIKSAAN ONLINE pada 17 April 2017. Rasanya rata-rata dah pun tahu peperiksaan ni terbahagi kepada dua seksyen iaitu Pengetahuan Am & Daya Menyelesaikan Masalah. Setiap satu seksyen calon diberikan masa 40 minit untuk menjawab soalan berbentuk objektif. Alhamdulillah, lulus!

Seterusnya, aku diminta untuk hadir ke stage seterusnya iaitu PAC. Panik weh! Sebab aku tak tahu apa PAC tu, plus family aku takde yang pergi mane-mane interview kerja kerajaan dalam 5 tahun kebelakang nie.  Apa itu PAC? Bagi aku kalau dalam bahasa mudah aku akan kata PAC ni adalah penilaian tahap komunikasi dan pembawakan diri yang pertama. Iyelah waktu peperiksaan online kita hanya duduk di belakang komputer untuk menjawab soalan.

Aku memang noob gila, aku google apa itu PAC tapi hampa takde yang lengkap maklumatnya. First thing first apa korang kena buat? Nak pakai apa? Lepas tu mesti la fikir apa korang kena bawak? Cuak kan? Jadinya jangan risau meh aku bantu mane termampu. Aku listingkan la senang. *Oh lupa! PAC nie seharian ya sesinya*

eMAIL 

Korang akan dapat SMS yang mengatakan korang kene bukak email dan website SPA untuk maklumat lanjut mengenai tempat, waktu & pengisian maklumat secara online untuk PAC. Kalau boleh jangan la isi online tu last minute. Dalam email tu jugak korang akan diberi lampiran. Tentatif hari kejadian, dokumen apa kena bawak, alat tulis (Pen & Gam) dan dresscode. Maklumat tambahan yang tak dinyatakan dalam lampiran adalah gambar. Aku call dan dia bagitahu bawak gambar passport untuk lekat dekat borang waktu korang mendaftar nanti. Again, aku pesan jangan prepare last minute!

PAKAIAN

Pakaian amat penting untuk menunjukkan 1st impression yang baik sewaktu menghadiri PAC. Waktu hadir ke PAC aku pakai kemeja plain colour baby blue, seluor slack colour biru gelap dan kemas bertudung colour biru jugak kasut aku pakai yang ade tumit sikit tertutup colour hitam.
Kalau blur sangat gambar dekat bawah ni pon boleh jadikan sebagai rujukan ya. Rata-rata memang berbaju kurung.

*SUMBER GAMBAR DARI GOOGLE 


PROSES PAC 

Disebabkan tentatif PAC start seawal jam 7.30 pagi, eloklah kiranya kalau korang lawat kawasan sehari sebelum, bukan apa, takot sesat. Sesampainya korang di lokasi, macam aku di SMK Putrajaya Presint 5(1) Presint 5 Putrajaya, korang perlu terus mengambil tempat di dalam dewan yang telah ditetapkan. Sepanjang menunggu untuk diberikan taklimat oleh pegawai terbabit, jangan hanya bermain phone dan buat hal sendiri. Seeloknya berborak dengan rakan sebelah menyebelah sebab berkemungkinan mereka akan jadi rakan sekumpulan korang.

Selepas taklimat korang selesai, korang akan beratur mendaftar dan mengambil borang serta nombor angka giliran *Dekat borang ada 2 tajuk untuk pengucapan awam both tajuk untuk English & Malay*. Untuk malay punya public speaking aku dapat tajuk Program Transformasi Kerajaan Pemangkin Transformasi Negara & englishnya aku dapat tajuk Malaysia Public Transport.  Plus borang yang dibagi tu ada kotak untuk tampal gambar. Tapi katakanlah korang terlupa bawak gambar passport, jangan risau, lepas daripada dapat nombor, pegawai terbabit akan panggil korang untuk proses pengambilan gambar. Hafal nombor sesiap sebab pegawai hanya akan memanggil nombor korang je.

Tajuk setiap calon lain-lain dan korang kene pandai manage masa, search seberapa banyak info dan kumpulkan point untuk public speaking nanti. So sekarang, bermula la perjalanan korang dibahagi dalam kumpulan setiap kumpulan 10 orang calon. Disebabkan nombor aku 040, aku adalah calon yang pertama dalam kumpulan aku. 

AKTIVITI PERTAMA

Korang akan stay dalam satu bilik darjah. Aktiviti pertama adalah perbincangan dalam kumpulan. Aku dibagi tajuk Kepentingan AES untuk Mengurangkan Kadar Kemalangan. Korang kene bincangkan tajuk tu selama lebih kurang 45 minit. Tips dia dekat sini jangan senyap! Suarakan je pendapat korang, takde betol salah sebab panel hanya mendengar dan menilai sahaja. Apa yang penting stay humble dan rasional. Boleh jugak suarakan pendapat atau penambaikan untuk sistem sedia ada. Macam aku cakap takde salah takde betol. Asalkan tak menyimpang dan lari dari tajok sudahlah.

AKTIVITI KEDUA 

Selesai aktiviti pertama, terus pulak ke aktiviti kedua. Pengucapan Awam. Nervous weh! Serious tak tipu. Kau akan rasa semua calon hebat bercakap tapi satu je nasihat aku. Apa pon yang jadi kena kental. Usaha bukak mulot. Panel berubah dah time ni. Diowg pindah bilik pulak. So ada panel yang akan panggil nombor giliran secara random ada yang ikot giliran. Masa diberikan lebih kurang 5 ke 7 minit. Ingat mesti ada salutation, isi-isi penting, huraian, gorengan dan penutup. Jangan guna bahasa omputih langsung! Bahasa Melayu sahaja. Loceng akan berbunyi kalau korang dah menghampiri 7 minit tu. Relax tau. Korang boleh. Aku? Aku merapu & pengucapan aku macam slot sembang santai dekat TV tu ha. LOL! 

AKTIVITI TERAKHIR 

Lepas aktiviti kedua ni kita ke lunch break solat break. Waktu yang ada jangan bazir weh! Makan cepat-cepat, solat, doa and get ready untuk Public Speaking pulak. Disebabkan bahasa omputih, aku just nak ingatkan korang supaya carik point sebanyak-banyaknya! Sebab kalau korang suam-suam kuku je omputihnya macam aku, gorengan kene padu weh! Isi penting kene banyak. Supaya korang tak gagap-gagap nanti. Aku calon pertama sebab panel yang baru nie ikut giliran. Menggigil weh! Tips dia guna bahasa simple dan jelas. Tak bombastic takpe. Ingat diowg nak nengok kita boleh cakap ke tak dan keyakinan kita bercakap tu yang penting. Aku merapu jugak weh selamat aunty aku cikgu BI. Thanks Cik Rin betolkan ayat! :D

Selesai semua aktiviti ni, selesai la sesi PAC korang! Lega kan? Aku kene mengadap bende nie on Saturday, 8 July 2017 & keputusan keluar pada 19 September 2017 haritu. Alhamdulillah aku lulus! Next stage/Final stage Interview pulak. Kalau tak bernasib baik, korang kene update semula maklumat dalam SPA dan kena ulang semula proses dari awal. Aku pernah gagal PAC Penolong Pegawai Belia dan Sukan sebelom ni. Dia suroh aku lari weh. Memang gagal le. Kuncinya jangan putus asa. Ada rezeki tak kemana. 

So aku rasa tu je kot maklumat yang korang kene tahu pasal PAC. Apa pon jangan mudah putus asa dan berusaha. Tak semua dapat peluang yang korang dapat tau. Doa banyak-banyak. In Shaa ALLAH! 

P/S: Doakan aku lulus untuk stage terakhir nanti. Semoga Allah membalas yang baik-baik untuk korang. Sorry post nie panjang berjela kalau baca sampai habis mekasih! :D

Assalamualaikum! 

Thursday, May 25, 2017

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum semua pembaca belog kecintaan!
Apa khabar? 
Alhamdulillah, lagi beberapa jam seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Ramadhan.
Excited kan? Bersyukur dapat berjumpa lagi pada Ramadhan kali ini. Harap kita semua dapat bersama Ramadhan sehingga ke akhirnya.

Niatnya tahun ini nak cuba Terawih penuh. In Shaa Allah boleh! 
Puasa pun nak cuba penuh (eh melawak).
Apa pon semoga kita semua dilimpahi rahmat Allah dan sentiasa berada dalam ketenangan untuk terus istiqomah beribadah.

Semoga berjaya dan salam sayang! 

Assalamualaikum.

Tuesday, March 28, 2017

SHOW ME THE MONEY

Assalamualaikum,

Berdosa aku bila mana kadang-kadang aku terfikir kenapalah mesti aku lahir di Malaysia, di negara yang serba mencabar ini? Kenapalah tak aku dilahirkan di negara macam US ke UK. Umur 18 tahun sudah ke luar negara memuaskan nafsu untuk meneroka.

Bukan tak boleh buat di Malaysia, tapi aku sejenis manusia pemakan yang mementingkan makan berbanding segalanya. Heh! Jadi kewangan tidak stabil. Di usia menginjak ke angka 28 kelak aduh mampukah?

Kahwin, Ada baby, Travel. Semua duit woi!

Astagfirullah! Mengucap Iqi. Jangan hidup bertuhan duit. In Shaa Allah, ada rezeki dari Allah. Mesti ada rezeki. Itu janji Allah.

Sedang dalam proses menukar kerja, jika Allah bagi izin. Macam aku cakap dalam negara serba mencabar ni carik kerja pon perlu kerja keras jugak. Nak mendapat satu interview mudah nak mendapat satu kerja yang kena dengan segala kehendak kau memang payah.

Sebenarnya stress. Ada plan yang besar kelak, tapi orang kata tak boleh heboh dulu. Jadi aku diam sebab aku stress mikir. Boleh terlaksana ke? Sama-samalah kita membanting tulang empat kerat.

In Shaa Allah, Allah tolong, Allah bantu. Allah ada.

Sekian luahan stress dari lubuk hati yang paling dalam.

Assalamualaikum!

Wednesday, October 19, 2016

LOVE LOVE LOVE




Pretty! hiks! 

Tuesday, September 13, 2016

Assalamualaikum,

Lama rasanya tak update apa-apa dalam blog kecintaan!
Raya Aidilfitri 2016 dah lepas Raya Aidiladha pon dah berlalu.
Pheww! 
Cepatkan masa berlalu.

Ohh well, aku cuma harap yang membaca tak kiralah follower blog nie ke silent reader ke (ada ke?)
sihat dan dalam rahmat Allah sentiasa.


Ohh nah! Bagi yang merindu.

KAH!

Okay dah tak ada modal. Sungguh!


Assalamualaikum.

Monday, August 17, 2015

CATALYST

Assalamualaikum...
Apa khabor? Alhamdulillah...


Hari nie aku nak cerita sikit pasal satu produk yang aku dah guna start November 2014...
CATALYST

Thank Ailana Catalyst (Sumber Google Image)

Aku boleh duduk bawah kategori manusia paling payah nak makan supplement...
Cakap lah apa pun, memang payah aku nak percaya... Kandungannya, fungsinya, keberkesannya semua aku ambil kira...
Bukan apa, sekarang ini di pasaran banyak sangat produk yang tidak diketahui kandungannya malah berbahaya untuk kesihatan... Makan tiga hari dah putih melepak, maaf aku bukan perkecilkan produk macam ini cuma aku tak berani nak mencuba...

Tapi, bila aku ternampak iklan Catalyst (Ailana Catalyst) dalam Instagram rasa tertarik pulak dengan produk yang satu nie.. Catalyst ini kalau kauorang consume kauorang kena konsisten, kauorang kene disiplin, minom air dan rehat yang mencukupi...


Paling famous adalah Catalyst punya Virgin Coconut Oil (VCO)..

Mereka bukan takat jual VCO Softgel/Liquid biasa sahaja, ada juga Pomegranate, Organic Argan Oil & Apricot Kernel Oil...
Masing-masing punya fungsi yang berbeza mengikut keperluan masing-masing...

Aku consume VCO Organic Argan Oil + Colla C... Adik aku Juny consume VCO Softgel + Organic Argan Oil....

Hasilnya?
INI SEBELUM KAMI CONSUME VCO DARI CATALYST

SELEPAS CATALYST
Sejujurnya kami tak nampak apa-apa perubahan pada bulan pertama consume tapi bila ramai orang puji kulit dah mula sekata dan bebas jerawat aku jadi yakin dengan CATALYST!

Ohh ya, CATALYST bukan ada VCO sahaja mereka jugak ada produk wangian, kesihatan dalaman suami & isteri, skincare dan macam-macam lagi...

In Shaa Allah, aku cuba produk-produk lain CATALYST dan aku akan cuba review dekat sini...

Di mana nak dapatkan produk-produk CATALYST?

Whatsapp aku, +60173509747
In Shaa Allah aku boleh share pasal produk ini, nak beli pon tak ada masalah...


Till next time, Assalamualaikum! 

Tuesday, August 11, 2015

KEHADAPAN GEMOK...


REMINDER: Boleh meransang nafsu untuk muntah hijau, jadi bersedia!

Bila masa nie?

Assalamualaikum...

Gemok, Aku Sayang Engkau...

Couple years ago you came into my life.
Engkau cool, tidak pernah mengorat atau mengayat, cukup engkau ambil berat.
Aku malas mahu layan, lalu aku menolak engkau jauh-jauh, tapi engkau keeps coming for me.
Ingat waktu kita mahu keluar untuk kali pertama lalu aku cancelkan last minute?
Aku tahu itu kejam, engkau beriya. Maaf.
Aku sudah tegar dan biasa sendiri, perasaan punya orang ambil berat itu aneh.

Sampai satu hari, engkau bubuh ubat guna-guna pada hati aku.
Rindu. Aku kata I Miss You.
Engkau selamba, lalu hulur tangan mahu forever.
Aku kata Okay sambil pegang water bag di pinggang kerana tanggung sakit senggugut.

Sejak itu, susah engkau ada, senang engkau ada.
Busy aku faham, engkau penat aku tahu.
Aku mengamuk engkau mendengar, Aku maki engkau membebel.
Engkau perlu aku ada, Aku perlu engkau di sisi.

Ada badai, tapi kita promise untuk berdiskusi, jangan lelah with each other.
Aku kadang-kala boleh jadi singa lalu engkau jadi ayah.
Masih cool macam dua tahun lalu.
Tapi pakcik yang kuat membebel ini aku sayang, mohon selamanya.