BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 28, 2017

SHOW ME THE MONEY

Assalamualaikum,

Berdosa aku bila mana kadang-kadang aku terfikir kenapalah mesti aku lahir di Malaysia, di negara yang serba mencabar ini? Kenapalah tak aku dilahirkan di negara macam US ke UK. Umur 18 tahun sudah ke luar negara memuaskan nafsu untuk meneroka.

Bukan tak boleh buat di Malaysia, tapi aku sejenis manusia pemakan yang mementingkan makan berbanding segalanya. Heh! Jadi kewangan tidak stabil. Di usia menginjak ke angka 28 kelak aduh mampukah?

Kahwin, Ada baby, Travel. Semua duit woi!

Astagfirullah! Mengucap Iqi. Jangan hidup bertuhan duit. In Shaa Allah, ada rezeki dari Allah. Mesti ada rezeki. Itu janji Allah.

Sedang dalam proses menukar kerja, jika Allah bagi izin. Macam aku cakap dalam negara serba mencabar ni carik kerja pon perlu kerja keras jugak. Nak mendapat satu interview mudah nak mendapat satu kerja yang kena dengan segala kehendak kau memang payah.

Sebenarnya stress. Ada plan yang besar kelak, tapi orang kata tak boleh heboh dulu. Jadi aku diam sebab aku stress mikir. Boleh terlaksana ke? Sama-samalah kita membanting tulang empat kerat.

In Shaa Allah, Allah tolong, Allah bantu. Allah ada.

Sekian luahan stress dari lubuk hati yang paling dalam.

Assalamualaikum!