BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 25, 2017

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum semua pembaca belog kecintaan!
Apa khabar? 
Alhamdulillah, lagi beberapa jam seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Ramadhan.
Excited kan? Bersyukur dapat berjumpa lagi pada Ramadhan kali ini. Harap kita semua dapat bersama Ramadhan sehingga ke akhirnya.

Niatnya tahun ini nak cuba Terawih penuh. In Shaa Allah boleh! 
Puasa pun nak cuba penuh (eh melawak).
Apa pon semoga kita semua dilimpahi rahmat Allah dan sentiasa berada dalam ketenangan untuk terus istiqomah beribadah.

Semoga berjaya dan salam sayang! 

Assalamualaikum.

Tuesday, March 28, 2017

SHOW ME THE MONEY

Assalamualaikum,

Berdosa aku bila mana kadang-kadang aku terfikir kenapalah mesti aku lahir di Malaysia, di negara yang serba mencabar ini? Kenapalah tak aku dilahirkan di negara macam US ke UK. Umur 18 tahun sudah ke luar negara memuaskan nafsu untuk meneroka.

Bukan tak boleh buat di Malaysia, tapi aku sejenis manusia pemakan yang mementingkan makan berbanding segalanya. Heh! Jadi kewangan tidak stabil. Di usia menginjak ke angka 28 kelak aduh mampukah?

Kahwin, Ada baby, Travel. Semua duit woi!

Astagfirullah! Mengucap Iqi. Jangan hidup bertuhan duit. In Shaa Allah, ada rezeki dari Allah. Mesti ada rezeki. Itu janji Allah.

Sedang dalam proses menukar kerja, jika Allah bagi izin. Macam aku cakap dalam negara serba mencabar ni carik kerja pon perlu kerja keras jugak. Nak mendapat satu interview mudah nak mendapat satu kerja yang kena dengan segala kehendak kau memang payah.

Sebenarnya stress. Ada plan yang besar kelak, tapi orang kata tak boleh heboh dulu. Jadi aku diam sebab aku stress mikir. Boleh terlaksana ke? Sama-samalah kita membanting tulang empat kerat.

In Shaa Allah, Allah tolong, Allah bantu. Allah ada.

Sekian luahan stress dari lubuk hati yang paling dalam.

Assalamualaikum!