BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 27, 2015

SEDEKAH (KUASA MEMBERI)

Assalamualaikum

Hello! Lama betol rasanya tak update belog kecintaan.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Raya macam mane? Okay?
Alhamdulillah!

Aku duduk di meja bulat tepi receptionist.
Boss aku selalu cakap meja tu nama singkatannya UPP.
Apa UPP? Unproductive People Place.
HAHA!

Tapi bukan semua duduk situ sebab pemalas atau mengulor, tapi lebih kepada longgarkan lutut dan tengkok setelah seharian mengadap komputer (Bersangka baik).
Satu hari, aku sibuk mengunyah kuih raya di situ, datang seorang Hamba Allah.

Bilangnya kepada aku.

Hamba Allah: Dhania sehari berapa ringgit kau peruntukkan untuk makan?
Aku: Lebih kurang RM20, secara kasarnya lah.
Hamba Allah: Tahu tak macam mana nak kurangkan berat badan selain detox, makan buah semua tu? (Sebelom tu kami bersembang mengenai kebaikan air detox kepada tubuh badan)
Aku: Hurm, kurangkan makan lah.
Hamba Allah: Betol, kau kena kurangkan makan, peruntukan kau sehari RM20 kan untuk makan?
Cuba makan sehari RM10 sahaja lagi RM10 kau sedekah. In Shaa Allah mesti ada keberkatan. Malah, cukup kau makan dengan sehari RM10 tu. Bila kau kurang makan, mesti berat badan berkurang.
Aku: Ohh, ye lah kan? 

Conversation kami mati di situ, Hamba Allah nie berlalu pergi.
Kadang-kadang dalam hidup kan, kita selalu terlupa betapa hebatnya kuasa bersedekah.
Lebih banyak kita memberi, lebih lapang dan senang kita rasa.
Cuba jalankan eksperimen sendiri, sama-sama kita cuba.
In Shaa Allah mesti rasa perubahan.

Assalamualaikum

0 comments: