BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 8, 2015

PENGAKUAN SEORANG GEMOK!

Assalamualaikum...

Masalah dia dengan badan aku sekarang adalah aku gemok.
Iye, G-E-M-O-K!

Sumber Encik Google..

Masalah dia dengan orang gemok macam aku adalah kadang-kadang ada masa kau boleh rasa sangat down! Bila aku cakap down tolong bayangkan manusia gemok menangis sorang-sorang dalam toilet waktu mandi, download segala apps untuk bersenam dalam phone dan yaa at the end of the day you turn to food!

"Kau yang tak nak berusaha!"

Masalah jugak dengan manusia lain adalah mereka tidak tahu gemok jugak adalah sejenis penyakit mental.
Bayangkan setiap pagi engkau bangon tidor dengan perot yang berbunyi dan rasa mual sebab engkau lapor.
Celik sahaja mata benda pertama engkau fikir adalah "Roti canai atau Nasik Lemak?"

Betapa susahnya engkau nak kawal nafsu engkau sendiri, sampai satu tahap engkau halang diri daripada makan TAPI TAK SAMPAI SEMINGGU KAU BALEK PADA HABIT LAMA, dan yang paling terok bila engkau mula salahkan pengusaha baju dan seluor sebab buat size kecik, engkau mula salahkan baka engkau yang sememangnya kuat makan dan besor daripada baby, engkau salahkan orang sekeliling sebab tak supportive.

Masalah dia adalah, aku sendiri yang dah gila..
Tak mampu nak kawal diri sendiri, pemalas, tak reti nak makan ikot portion yang betol..
Akhirnya semua pasal aku...

Dan engkauorang nak tahu apa yang paling neraka antara neraka-neraka lemak semua nie?
Bila engkauorang sendiri terima kenyataan yang engkauorang gemok dan relakan sahaja orang lain panggil  engkau gemok.. Beli baju orang gemok, makan makanan orang gemok, tidor macam seorang gemok, segala-galanya gemok...

Stress tahu? Dah lepas nie jangan sapa ajak aku makan lagi...
AKU NAK KURUS!

Sekian dari GEMOK yang nak KURUS!

4 comments:

Anonymous said...

Selamat berdiet mokk 😊

IqiChan said...

Hahahahahha!

Nora Karim said...

Jom salahkan org yg suka ajak kita makan...! Hahahahaha...

IqiChan said...

Madam Nora: hahahahahahaha! JOM!