BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 23, 2014

HIJRAH

Assalamualaikum...


 22/12/2012

Ada apa dengan tarikh tu?
Itu adalah tarikh di mana aku decide untuk berhijab.
Keputusan yang aku buat bukan satu keputusan drastik.
 Lama aku fikir dalam-dalam soal ni.
Maklumlah bila kita mula berhijab banyak batas yang perlu kita jaga.
Aku bukan manusia tanpa dosa.
Risau dalam hati, dengan solat, bergaul, amalan-amalan lain.
Mampu ke aku?

 Jenis aku bila dah nekad, aku redah saja.
Apa nak jadi lepas tu kita fikir lain.
Alhamdulillah.
Itu keputusan paling tepat.
Ramai tanya waktu aku mula berhijab.
Antara soalan yang aku terima:
1) Kenapa you pakai tudung? You nak kahwin? Dah tunang?
2) Sejak bila terfikir nak bertudung?
3) Apesal tiba-tiba pakai tudung?

Lepas aku diam dan peram soalan mereka, hari ni baru ada kekuatan menulis.
Aku takut kalau-kalau aku tak kuat baru berhijab dah heboh satu dunia, takot-takot separuh jalan.
Hari nie sudah lebih setahun aku cuma boleh ucap Alhamdulillah.
Kenapa aku mula berhijab cukuplah kalau aku kate itu tanggungjawab.
Bukan sebab sesiapa tapi sebab aku mahukannya.
 
Kalau mahu tips Istiqamah, pada aku mudah, teruskan memakai hijab dah tidak perlu drastik berubah..
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit kan?

Semoga kita semua terus menerus ke arah kebaikan..

Assalamualaikum...
 

Monday, May 5, 2014

ScarfRolyPoly...

Assalamualaikum...

Perempuan kalau tak pandai menjahit payah... Ini aku yang kate...
Sebab apa? Sebab besok kalau dah berlaki konon butang baju laki tercabut, siapa nak tolong jahit kalau bukan bini ye dak?
Masalahnya, aku tak pandai menjahit.. Langsung.. Pernah dulu waktu belajar Kemahiran Hidup (KH) Tingkatan 3 aku dibaginya projek jahit skirt... Apa lagi hantor laaa pada tailor baju raya tetiap tahun tuu..
Bebuih sabun mulot cikgu mengajor, sekali tu aje aku ingat lepas tu kelaut....

Haissshhhhhh! Stress!
 Sekarang dah melambak media sosial orang-orang kreatif menjahit skirt dan tudung dan baju buat meniaga aku jadi menyesal... Kenapa laaa aku tak master satu skill yang perempuan patot ada ni?
Iyee memang laaa tak wajib tahu sampai hebat mampu jahit baju kebaya sendiri tapi... tapi..... tapi.... Aku masih menyesal dan tetap menyesal...

Kesimpulannya, nantikan kehadiran ScarfRolyPoly hasil kerja tangan partner aku dalam menjayakan business kami, dan ohh yaaaa semua detail pada produk kami adalah HANDMADE..

Jadi jangan lupa klik link tersebut dan FOLLOW kami.. :)

Assalamualaikum....