BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 23, 2014

LELAKI LOCAL vs LELAKI OVERSEA

Assalamualaikum...

Pernah alami? Pernah alami di mana berdiri sebelah engkau seorang perempuan mengandung sarat terhuyung- hayang di dalam train yang penoh sesak, tapi...........

1) Orang LELAKI buat-buat tidur
2) Orang LELAKI buat-buat baca buku
3) Orang LELAKI buat-buat tak nampak

Sumber Encik google.com
Ini adalah antara situasi yang aku alami hampir setiap hari... Ehhh cop! Bukan aku yang mengandung laaaaa... Tapi kejadian berlaku pada cousin aku, Kak Jijie... Ye dia mengandung dan kalau naik train dengan dia memang aku naik daghah dengan sikap segelintir LELAKI...

Bukan aku bias atau prejudice pada kaum LELAKI cuma kadang-kadang rase sedih dengan sikap yang aku kira tidak ambil peduli, buat bodoh sesetengah LELAKI...

Jujurnya perangai LELAKI dari 'oversea' mcm Nepal, Bangladesh, Indonesia lebih bagus dan mulia berbanding LELAKI LOCAL yang pada aku tak ambil pusing perkara-perkara 'remeh' macam offer perempuan mengandung atau warga tua seat... Diaorang tak tahu ke kalau diaorang buat perkara-perkara baik tuu kami perempuan nie pandang diaorang MACHO?

TAPI kalau ada LELAKI LOCAL yang baca blog post aku nie, kalau ada laaa mesti kata penulisan aku nie bias.. Terpulang... Masing-masing punya pendapat...

P/S: Kadang-kadang perkara baik walau sekecil kuman yang kita kerjakan InsyaAllah kita sendiri akan merasa bahagia dan berlapang dada. Jadi tunggu ape? Offer laa seat uollsss pada kaum ibu mengandung dan warga tua ya? 

Assalamualaikum....