BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 29, 2014

MENGIDAM

Assalamualaikum......

Dah lama rasenye tak mencarut, merapu, manja-manja dengan blog kecintaan...

Entry kali nie rasanya teringin nak share tentang benda-benda yang aku mengidam dan teringin nak ada dalam hidup buat masa ini... Lebih kurang macam wishlists laaa jugak... Tapi kalau merapu sangat tuu abaikan laaaa... Biasanya wanita, perempuan ni nafsu saja lebih!

So jom....
Pertama dalam list :-

Meleleh air liur aku!



Kedua dalam list :-

Nak pakai braces.. Berangan dari dulu!

Ketiga dalam list :-


Ride this thing every weekend......

Keempat & terakhir dalam list :-

Habiskan masa berbulan-bulan di sini....
Well, wishlist nie semua kene kerja kuat dan ada 2, 3 yang mampu direalisasikan nanti.....

p/s: IF YOU NEVER CHASE YOUR DREAM, YOU WILL NEVER CATCH THEM...

Assalamualaikum..

Monday, July 21, 2014

KITA PANGGIL SPESIS KITA MANUSIA?

Assalamualaikum...

Bom sana, Bom sini...
Berkecai di udara, meletop di darat...

Tikam depan, kelar belakang...
Henyak kawan, hentam lawan...

Maki babi, Hamun sial...
Hati hitam, mata buta...

Kejam, bunoh, tudoh, sengkang, bahlol, mati hati...

Masih.... Masih kita panggil spesis kita manusia?
Aku tanya sekali lagi...
Masih... Masih kita panggil spesis kita manusia?

Huh! Memalukan!

Assalamualaikum..

Monday, July 7, 2014

KITA YANG DULU... AKU YANG SEKARANG...

Assalamualaikum...

Bual bicara aku mahu mula dari kiri...
Aku masih ingat kita yang dulu punya masa depan, akan punya masa lalu...
Jadi lupa Tuhan, aku tinggal keluarga...
Kita saling cinta, tapi harus satu durjana...
Lalu aku fikir duniaku sudah berakhir...
Tuhan kejam waktu itu, menarik kita jauh dari aku...
Aku terhempas ke tanah...
Kita menyesakkan dada...
Saban malam aku minta Tuhan padamkan kita...
Hari berganti, ada datang dan tinggal pergi...
Aku.... Aku lupakan kita selamanya, kenangan yang mula sayang lalu benci...

Sekarang....
Aku yang sekarang ada satu mawar...
Akan layu bila sampai masa, tapi aku mahu sampai tua...
Layu bila tua, bila semua mati, bila semua gugur...
Aku mahu mawar sampai jemu...
Mawar... Mawar hitamku...
Aku buang janji, cuma bilang aku genggam sampai muak...
Cuma muak bila tua...

Assalamualaikum...

Friday, May 23, 2014

HIJRAH

Assalamualaikum...


 22/12/2012

Ada apa dengan tarikh tu?
Itu adalah tarikh di mana aku decide untuk berhijab.
Keputusan yang aku buat bukan satu keputusan drastik.
 Lama aku fikir dalam-dalam soal ni.
Maklumlah bila kita mula berhijab banyak batas yang perlu kita jaga.
Aku bukan manusia tanpa dosa.
Risau dalam hati, dengan solat, bergaul, amalan-amalan lain.
Mampu ke aku?

 Jenis aku bila dah nekad, aku redah saja.
Apa nak jadi lepas tu kita fikir lain.
Alhamdulillah.
Itu keputusan paling tepat.
Ramai tanya waktu aku mula berhijab.
Antara soalan yang aku terima:
1) Kenapa you pakai tudung? You nak kahwin? Dah tunang?
2) Sejak bila terfikir nak bertudung?
3) Apesal tiba-tiba pakai tudung?

Lepas aku diam dan peram soalan mereka, hari ni baru ada kekuatan menulis.
Aku takut kalau-kalau aku tak kuat baru berhijab dah heboh satu dunia, takot-takot separuh jalan.
Hari nie sudah lebih setahun aku cuma boleh ucap Alhamdulillah.
Kenapa aku mula berhijab cukuplah kalau aku kate itu tanggungjawab.
Bukan sebab sesiapa tapi sebab aku mahukannya.
 
Kalau mahu tips Istiqamah, pada aku mudah, teruskan memakai hijab dah tidak perlu drastik berubah..
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit kan?

Semoga kita semua terus menerus ke arah kebaikan..

Assalamualaikum...
 

Monday, May 5, 2014

ScarfRolyPoly...

Assalamualaikum...

Perempuan kalau tak pandai menjahit payah... Ini aku yang kate...
Sebab apa? Sebab besok kalau dah berlaki konon butang baju laki tercabut, siapa nak tolong jahit kalau bukan bini ye dak?
Masalahnya, aku tak pandai menjahit.. Langsung.. Pernah dulu waktu belajar Kemahiran Hidup (KH) Tingkatan 3 aku dibaginya projek jahit skirt... Apa lagi hantor laaa pada tailor baju raya tetiap tahun tuu..
Bebuih sabun mulot cikgu mengajor, sekali tu aje aku ingat lepas tu kelaut....

Haissshhhhhh! Stress!
 Sekarang dah melambak media sosial orang-orang kreatif menjahit skirt dan tudung dan baju buat meniaga aku jadi menyesal... Kenapa laaa aku tak master satu skill yang perempuan patot ada ni?
Iyee memang laaa tak wajib tahu sampai hebat mampu jahit baju kebaya sendiri tapi... tapi..... tapi.... Aku masih menyesal dan tetap menyesal...

Kesimpulannya, nantikan kehadiran ScarfRolyPoly hasil kerja tangan partner aku dalam menjayakan business kami, dan ohh yaaaa semua detail pada produk kami adalah HANDMADE..

Jadi jangan lupa klik link tersebut dan FOLLOW kami.. :)

Assalamualaikum....


Wednesday, April 23, 2014

LELAKI LOCAL vs LELAKI OVERSEA

Assalamualaikum...

Pernah alami? Pernah alami di mana berdiri sebelah engkau seorang perempuan mengandung sarat terhuyung- hayang di dalam train yang penoh sesak, tapi...........

1) Orang LELAKI buat-buat tidur
2) Orang LELAKI buat-buat baca buku
3) Orang LELAKI buat-buat tak nampak

Sumber Encik google.com
Ini adalah antara situasi yang aku alami hampir setiap hari... Ehhh cop! Bukan aku yang mengandung laaaaa... Tapi kejadian berlaku pada cousin aku, Kak Jijie... Ye dia mengandung dan kalau naik train dengan dia memang aku naik daghah dengan sikap segelintir LELAKI...

Bukan aku bias atau prejudice pada kaum LELAKI cuma kadang-kadang rase sedih dengan sikap yang aku kira tidak ambil peduli, buat bodoh sesetengah LELAKI...

Jujurnya perangai LELAKI dari 'oversea' mcm Nepal, Bangladesh, Indonesia lebih bagus dan mulia berbanding LELAKI LOCAL yang pada aku tak ambil pusing perkara-perkara 'remeh' macam offer perempuan mengandung atau warga tua seat... Diaorang tak tahu ke kalau diaorang buat perkara-perkara baik tuu kami perempuan nie pandang diaorang MACHO?

TAPI kalau ada LELAKI LOCAL yang baca blog post aku nie, kalau ada laaa mesti kata penulisan aku nie bias.. Terpulang... Masing-masing punya pendapat...

P/S: Kadang-kadang perkara baik walau sekecil kuman yang kita kerjakan InsyaAllah kita sendiri akan merasa bahagia dan berlapang dada. Jadi tunggu ape? Offer laa seat uollsss pada kaum ibu mengandung dan warga tua ya? 

Assalamualaikum....





Friday, February 7, 2014

SEAKAN SEORANG TEMAN...

Assalamualaikum...

.....................................................

Seakan seorang teman hilang,
Aku katakan sabar.

Seakan seorang teman bersedih,
Aku katakan kuat.

Seakan seorang teman menangis,
Aku katakan bangkit.

Seakan seorang teman meliar,
Aku katakan kembali.

Kerna seorang teman itu perlu teman,
Kerna seorang teman itu juga spesis homo sapiens,
Mari aku dorong kau kedepan.

.......................................................

Assalamualaikum...

Tuesday, January 7, 2014

DUA PULUH EMPAT BELAS

Assalamualaikum.....
Salam sejahtera people, maaf dah lama tak update belog kecintaan.
Agak bersawang... *Tiup sawang & habuk*
Bukan apa, belog kecintaan jadi balik macam dulu.
Tak boleh bukak tanpa sebab.

Okay back to our topic, actually gian nak menaip dalam belog kecintaan masalahnya tak punya modal.
So, yang first nie aku nak ucapkan kepada semua pembaca belog kecintaan yang tak seberapa nie:


Mesti setiap dari kita punya impian atau azam baru bagi tahun ini.
Sama macam aku, tapi bukan itu yang aku nak share dulu, apa yang aku nak share now adalah impian tahun 2013 aku yang dah pun tercapai.

1) Nak panjat Broga Hill (Check)
2) Bercuti ke mana-mana pulau dalam Malaysia (Check)
3) Ada saving (Berkubur)

Okay kita review satu-satu.
Bagi yang number 1, aku dah lunaskan tak silap pada awal tahun 2013 malah bukan sekali tapi dua kali.
Alhamdulillah, tercapai.

Kedua bercuti ke mana-mana pulau, yes! aku pergi ke Pulau Pinang! Iye bukan Pulau Perhentian ke Pulau Sipadan ke, tapi jadi laaaa... haaa! Ini penutup tahun 2013 yang sangat awesome. (Nanti aku update asing yang ini)

Ketiga agak sukar direalisasikan, tapi aku akan carry forward azam atau impian sama tahun ini.

Okay ayuh bersama-sama dengan aku, nengok apa pulak impian atau azam si Iqi nie bagi tahun 2014:

1) Mendekatkan diri dengan Allah
2) Capai misi menguruskan badan
3) Punya saving (Azam last year)
4) Makan makanan sihat sepanjang tahun

Yes! Itu adalah antara empat misi aku bagi tahun 2014.
Harap kita sama-sama mampu melakukan apa juga impian kita bagi tahun ini... InsyaAllah... :)

p/s: Update percutian baru-baru ini InsyaAllah akan diupdate kelak...

Assalamualaikum..