BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 25, 2013

BUKAN MAHU AKU...

Assalamualaikum...

---------------------------

Kalau dari awal aku tahu ini yang akan jadi,
Aku akan kata tidak pada perlawaan itu.
Kalau dari awal aku tahu ini yang akan aku rasa,
Aku akan kata tidak pada perlawaan itu.
Kalau dari awal aku tahu kita akan jadi orang asing,
Aku akan kata tidak pada perlawaan itu.

Kalau dari awal aku tahu.

Ya, itu verse yang aku selalu ungkapkan sejak masuk tahun 2013.
Cukup sayu sentiasa dirudung kesedihan dan nasib malang.

Mungkin 2013 bukan satu tahun yang boleh aku kenang dengan senyuman.
Tapi, Allah masih wujudkan keluarga dan teman rapat untuk aku tersenyum setiap hari.
Kerja untuk aku lunaskan agar setiap pagi aku punya tujuan untuk bangun dan mengadap dunia.
Kaki untuk berjalan, tangan untuk memegang, kepala untuk diangguk dan digelengkan.
Masih punya upaya.

Namun, sama, hambar, hati tetap saja tidak puas.
Lantas aku fikir, selembut mana hati yang mampu ditundukkan dengan rasa syukur setinggi gunung?
Aku manusia, perkara itu bukan mustahil namun sukar untuk aku lakukan.

Sampai masa, berjalan pulang ke jalan yang terang.
Namun, jujur hati masih bersisa luka.
Malah, saban hari ia makin parah.
Itu tidak sihat untuk terus menambah angka usia jika diizinkan Tuhan.
Takut pada bayang sendiri, rasa kosong dan hambar.

Semoga waktu gelap ini cepat berlari pergi.
Aku yang asing dalam dunia penuh manusia pelik.
Semoga saja aku sedar dan tunduk syukur.
Alhamdulillah.
Aku masih mampu senyum.

-----------------------------

Assalamualaikum...

Tuesday, June 18, 2013

THIS!


Tuesday, June 11, 2013

UNTUK SAHABAT...

Assalamualaikum..
---------------------------

Tahu tak apa beza perempuan dengan lelaki?
Aku tanya pada dia, kawan yang paling dekat dengan hati...
Kawan yang aku panggil sahabat...
Kawan yang selalu ada...

Aku ketawa sambil balas satu persatu bila dia mula tanya..
Apa?
Perempuan menangis..
Lelaki tak pandai menangis, mereka pendam perasaan...
Sebab tu lelaki lebih mudah kena serangan jantung berbanding perempuan.. 
*FAKTA DARI DR. Iqlil Dhania Mohamad*
Tapi jujurnya aku rasa fakta tersebut logik..

Sikit pesanku untuk dia..
Boleh baca berulang kali kalaupun aku mati nanti...

Lelaki harus menangis kadang-kadang...
Jangan pendam perasaan...
Nampak lemah...
Tapi menangis itu membasuh mental, menyental nurani supaya terus senyum nanti...

Hati perlu kuat...
Ingat kesedihan, kelemahan, kekuatan, kegembiraan...
SEMUANYA adalah pilihan yang kita buat sendiri...

P/S: Semoga kau bertemu matahari di akhir hari nanti... Supaya terus bahagia, tersenyum indah seperti pelangi selepas hujan... 

---------------------------

Assalamualaikum...