BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 28, 2013

INI PERMAINAN LAMA..

Assalamualaikum!
Hello people...
Hari nie rase nak jawab soalan2 di bawah..
Actually bende tagged2 orang  nie dah lama laaa..
But tadi baru terperasan dalam FB,  so teringin laaa pulak menjawab..
So selamat membaca! :)
--------------------------------

THREE NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
1) Iqi
2) Dhania
3) Iqlil
 
THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
1) 22/11/1989 (My Birthday)
2) 11/5/1966 (Mama's Birthday)
3) 21/6/1954 (Baba's Birthday)

THREE THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1) Telefon Parkroyal Hotel Singapore for room reservation
2) Pau my Boss Kecik RM20 , hehehe!
3) Telling my colleague about pengalaman kat IKIP dulu.. :))

THREE WAYS TO BE HAPPY:
1) Mandi lama-lama..
2) Makan, makan, makan...
3) Bawak kereta laju-laju!

THREE PERSONS YOU MISS:
1) Him..
2) Arwah Maktok.. 
3) Arwah TokAyah..

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1) ROXY handbag please!
2) Perfume, sebab perfume dah nak habis.... 
3) New shawl...

THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES:  
1) Makan! :D
2) Talking....
3) Listening to music...

THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION LOCALLY:
1) Pulau Sipadan please!
2) Penang.... (aku x penah sampai Penang okay!)
3) Terengganu...

THREE FAVORITE DRINKS:
1) Milo Ice kaw..
2) Tembikai Laici...
3) Fresh orange..

THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG:
1) Car keys..
2) Purse..
3) Panty Liner.. hehe! (Girl Stuff laaa)

THREE FAVORITE COLORS:
1) Red
2) Blue
3) Yellow

TOP THREE HANGOUTS:
1) Karaoke box.. :D
2) Movie theater..
3) For now, Dagang Avenue.. hehe!

TOP THREE U LOVE SO MUCH:
people or thing?
1) Family
2) Blackberry
3) Bantal busuk

TOP THREE WHO DO YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:
1) Hurmm.. kawan2 blog yang baca post nie maybe.. 
2) Juny..
3) and I will asked Cik Butang to answer this survey too.. (Paksa rela) haha!

TOP THREE "THINGS" SPECIAL TO YOU:
(things only)
1) My Car, beli dengan hasil titik peluh sendiri.. :)
2) Bantal busuk... xde x tido malam wooo...
3) Blackberry...

TOP THREE REASONS YOU ANSWER THIS SURVEY:
1) Cause I'm bored... hehe!
2) I find it fun....
3) Puasa now, mmg lapar dan untuk lupakan sekejap perot yang bunyik2 ni... :)

So itu je laaaaa... :)) 
------------------------------------
Assalamualaikum!


Tuesday, May 21, 2013

TAPI, NAMUN DAN BAGAIMANA...

Assalamualaikum...

---------------------

Lihat dari luar, 
Aku nampak figura sergam.
Dengar guna telinga,
Aku tangkap kata kuat dan yakin.
Faham sisi sendiri,
Aku tahu itu arus kehidupan.

TAPI.

Lihat dari luar,
Aku buta figura kerdil menangis malam.
Dengar guna telinga,
Aku tuli amukan gila minta dilepas.
Faham sisi sendiri,
Aku lupa pakai kasut dia.

NAMUN.

Lihat dari luar,
Aku biar tenggelam semua.
Dengar guna teliga, 
Aku angkat tangan tidak kuasa.
Faham sisi sendiri,
Aku hanya mahu lunas kemahuan diri.

BAGAIMANA.

KALAU lihat dari luar,
Aku nampak dunia realiti.
KALAU dengar guna telinga,
Aku faham sengsara berat.
KALAU faham sisi sendiri,
Aku sambut tangan dia.

TAPI lihat dari luar, 
Aku jelas rabun.
Dengar guna telinga,
Aku tidak tahu apa kisahnya.
NAMUN, faham sisi sendiri,
BAGAIMANA mampu aku ubah semua?

--------------------

Assalamualaikum...

ENGKAU...

Assalamualaikum...

--------------------------

Engkau,
Paling dekat dengan hati.
Paling rapat dengan jantung.

Engkau,
Paling kembang dalam taman.
Paling ceria antara warna.

Engkau,
Paling manis bila senyum.
Paling menonjol bila menyanyi.

Engkau,
Paling ingin aku gapai.
Paling jauh untuk capai.

Engkau,
Paling ingin aku rangkul.
Paling sukar hilang bayang.

Engkau, Ikhlas mahu dekat, mengubah semua persepsi, satu sama jiwa, belai sama angin.

Engkau dambaan hati, Engkau yang di garisan penamat.

------------------------

Assalamualaikum...

Sunday, May 12, 2013

?

Assalamualaikum...

-------------------


-----------------------


Assalamualaikum...

Tuesday, May 7, 2013

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum...

-----------------------

 

--------------------------------

Assalamualaikum...

Thursday, May 2, 2013

GARISAN PENAMAT MANA?

Assalamualaikum...

--------------------------

Wisel berbunyi.
Aku memecut ke depan tanpa menghiraukan yang tertinggal.
Misiku cuma mahu sampai ke penghujung.

Tapi ada suara memanggil di belakang.
Menepuk bahu minta memandang.
Menepuk bahu minta menoleh dan menunggu.
Aku berhenti, aku tunggu.
Rugi, aku yang kalah kerana yang menepuk memperdayaku.
Dia ke garisan penamat.
Jika terusan ke sana pasti aku menang dan tersenyum sekarang.

Lelah aku.
Kesat peluh.
Tewas aku. Bodoh diperdaya mudah.
Aku mahu tebus semula kekalahan itu.
Pengajarannya, tepuk, panggil, rayu, aku tak peduli.

Mula kembali.
Wisel berbunyi.
Aku memecut dengan semat pengajaran lalu di dada.
Tiada menepuk, penghujung semakin hampir.
Lalu, paaaaaap!
Aduh!
Aku jatuh bergolek.
Batu.
Batu itu tidak kelihatan.
Aku tersadung.
Kalah lagi, bukan aku ke garisan penamat sebagai orang nombor satu.
Pengajarannya, pastikan tiada halangan dan berhati-hati.

Mencuba lagi.
Wisel berbunyi.
Kali ini pasti aku nombor satu.
Laju ke depan, tidak memandang belakang, tiada penghalang di depan.
Sudah semakin hampir, semakin hampir, semakin hampir.
Hujan turun, Matahari hilang semerta.
Preeet!
Wisel berbunyi kuat.
Kita batalkan saja, tunggu matahari muncul semula.
Maaf.
Aku pulang, masih belum sampai ke penghujung.
Pengajarannya, ia sempurna tp Allah belum izinkan kau sampai ke penamat.
Sabar, cuba lagi lain kali.
*bahu ditepuk lembut*

-------------------------

Assalamualaikum...