BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 28, 2013

BERPUTUS ASA...

Assalamualaikum...

---------------------------

Aku mencuba,
Mereka tidak,
Aku bersungguh,
Mereka tidak,
Aku gembira,
Mereka tidak,
Aku berlari,
Mereka tidak,
Aku bangun,
Mereka tidak,

Aku mencuba,
Mereka ketawa,
Aku bersungguh,
Mereka permainkan,
Aku gembira,
Mereka pura-pura,
Aku berlari,
Mereka melihat,
Aku bangun,
Mereka menolakku,

Tidak,
Aku masih kuat,
Tidak,
Aku masih berdiri,
Tidak,
Aku tetap berlari,

Aku berputus asa tetapi aku masih bangun...

---------------------------

Assalamualaikum...

Monday, April 15, 2013

GILA

Assalamualaikum..

---------------------------------

Benar,
Ia masih di situ...
Tidak pernah hilang...
Malah, kau tahu semalam waktu pulang kerja...
Aku pandu laju ke depan...
Dalam gelap, tiada memandang...
Mata tiba-tiba kabur...
Cahaya merah dari kereta depan hanya dipandang sipi...
Air mencurah jatuh dari mata rabunku ini...
Selorohmu jelas di dalam kereta ini...
Ingin ku jual tidak mungkin, ingin ku tinggalkan di tepi MRR2 juga mustahil...
Semua memori itu terlalu segar dalam minda yang tidak pernah tidur...
'Hmm, Padan Muka'.. Aku tahu antonasi itu sebati dengan suaramu...
Kau tahu? Semua potret kau dan aku, video kau memenuhi Blackberry ku...
Jika rindu ku pasang berulang...
Gila, kau sudah tiada di sini, mengapa masih menanti...
Ini kerja gila! Kerja orang gila!
Aku gila? HAHA! Tanya pada dunia siapa paling gila?
Aku atau mereka yang kejam membunuh jiwa manusia lain atas nama kepentingan diri..
Ahh lupakan itu semua...
Yang berlalu biarkanlah berlalu...
Ini bukan cerita dongeng yang harus dihabisi dengan 'They live happily ever after'...

Jika kau tanya aku..
Benar, aku sudah hilang kepercayaan...
Terbang bersama masa, lari bersama cahaya...
Mana mungkin terkejar, Gila kau...

Kau gila...
Benar, suatu hari si gila ini pasti tersenyum menuding dunia itu gila!
Gila kerana penuh dengan manusia kejam membunuh jiwa..

--------------------------------

Assalamualaikum...

Wednesday, April 10, 2013

GUNUNG NUANG MISSION FAIL?

*Reminder: This is a very long post 

Assalamualaikum...
Hello people of Malaysia!
Terima kasih sudi menjenguk ke belog kecintaan aku...
Ok potong jadi pendek...
Entry hari nie aku akan bawak semua pembaca ke ekspedisi mendaki Gunung Nuang!

Okay, rasanya memang semua dah tahu aku mendaki Gunung Nuang pada 16 March 2013 dan 17 March 2013 baru nie...

Yee dah lepas lama.. Sorry laa agak busy nak menghupdate belog...
So, kisahnya bermula mcm nie...
Seawal jam 6 pg aku dah bangun untuk bersiap pergi ke Kolej memandangkan bus akan bertolak ke Pangsun lebih kurang jam 7.30 pg..

Tapak permulaan kami sampai...

Lebih kurang 37 org mengikuti Ekspedisi pendakian kali ini..
Memandangkan jalan menuju ke kaki Gunung Nuang agak sempit, bas terpaksa berhentikan kami di luar kawasan dan kami harus berjalan kaki masuk ke kawasan pendaftaran Gunung Nuang kira2 20 minit. Okay jujurnya waktu sampai seronok laaa.. Waktu balik nengok sikit rajin ke idok kau nak berjalan 20 minit... 

Ok, setelah berjaya sampai ke kawasan pendaftaran Gunung Nuang kami mendengar sedikit taklimat dari guider..

Lebih kurang jam 9.30 pagi kami mula mendaki sehingga ke Lolo Base Camp (tempat kami bermalam dan bersedia untuk mendaki puncak Gunung Nuang).
Perjalanan dijangka memakan masa lebih kurang 2 hingga 3 jam bergantung kepada stamina dan kepantasan kita mendaki.. (ok ini bukan 'mendaki' sesungguhnya yaa ini hanya permulaan perjalanan yang panjang).

Jujurnya waktu ini aku memang sangat penat dengan bag digalas beratnya mencecah 5 kg..
Memang agak terseksa... Tetapi apa pilihan yang aku ada selain meneruskan perjalanan..
Antara dialog aku dengan Encik Armein (otai panjat gunung, bukit dan segala jenis aktiviti ekstrem)

AKU: Lama lagi ke nak sampai base camp? 
EA: Kau nampak bukit tinggi nie? Lepas bukit nie kita akan ke kanan dan turun bukit haa.. dah dekat laaa tu!
AKU: *cakap dalam hati* Owwhh x lama lagi dah... Dah dekat nak sampai dah! Fuhhhh! Kau boleh Iqi, Kau boleh..
 *Selepas naik bukit, ke kanan dan turun bukit, masih tak nampak batang hidung Lolo Base Camp*

*Okay, untuk pengetahuan semua dan bagi sesiapa yang belum ada pengalaman panjat Gunung memang itu antara trick yang akan mereka lakukan kalau melayan jenis orang macam aku yang akan tanya, dah sampai ke belom? are we there yet? -_______-"

Akhirnya dalam jam lebih kurang 1.30 petang kami sampai ke Lolo Base Camp..
Alhamdulillah.. MasyaAllah air terjun dia sangat awesome!
Ape lagi memasing sibuk tanggal kasut dan mula memasak!
Lapor woii... Kena makan dan berehat...

  Lelaki tough pakai cap itulah Encik Armein.. Lolo Base Camp..

Ok kalau nengok memang open macam tu laa keadaan kami tidor..
Ye sangat open.. Tapi diasingkan leee lelaki dan perempuan yee..
Selamat aku dipinjamkan sleeping mat dan sleeping bag..
Idok leee sejuk sangat..
Untuk pengetahuan semua, aku hanya bawak bekalan mineral water sebanyak 1.5 liter sahaja..
Selebihnya aku ambil air gunung.. Which is air terjun yang kami buat mandi tapi jangan risau sebab memang bersih dan segar...
 *Ohh pasti ada yang bertanya kenapa tak bawak bekalan air yang banyak..
Kita kena kurangkan beban supaya tanggungan yang dibawa ketika mendaki tidak menyusahkan kita...

 Ini antara bag yang dibawa kami untuk sampai ke Lolo Base Camp..



 Ini pula antara bag yang ditinggalkan pendaki yang mendaki Gunung Nuang.. (pendaki hanya akan membawa kamera atau bekalan air sahaja untuk sampai ke puncak)

Mane gambar aku? Maaflah aku memang xde ambil gambar memandangkan aku lebih selesa mendaki tanpa memegang apa2 benda kat tangan terutama phone.. Bahaya kalau jatuh free aje sedekah dekat monyet..

 Ini pula Zul dan Linda gigih menyediakan hidangan makan petang.. *Just in case kamu2 tertanya2 apa ada dalam beg berat kami.. Yee.. Dapur, beras dan sebagainya*

 
 Ok, berbalik semula kisah pendakian kita...
Malam itu kami melakukan aktiviti bebas.. Seperti biasa aktiviti aku, Tidur..
Tepat jam lebih kurang 12.00 tengah malam kami mula bersiap untuk memulakan pendakian ke puncak Gunung Nuang..
Jam 1.15 pagi kami mula mendaki..
SubhanaAllah, satu aje pesanan aku, SILA BAWA BAJU SEJUK YANG TEBAL SEDIKIT..
Sebab memang sejuk sehingga berasap mulot yee..
Pendakian bermula, semuanya okay..
Sehingga aku rase sakit yang menekan di panggal paha kaki kiri..
-____________-" 
Perjalanan mula perlahan.. Makin sakit, kaki kiri memang sukar diangkat untuk memanjat batu2 besar...
Menyusahkan pendaki yang lain..
Mula bercakap dalam hati..
Aku dah sampai sini mesti kene sampai atas..
Namun, apakan daya..
Setelah lebih 3 jam mendaki lebih kurang jam 4 pagi kami sampai di Pacat Camp..
Pacat Camp biasanya menjadi tempat persinggahan pendaki yang mahu berehat sebentar setelah turun dari puncak Gunung Nuang..
Aku bersama lebih kurang 7 yang lain berhenti di situ manakala yang lain meneruskan perjalanan ke puncak..
Encik Armein mencadangkan supaya kami turun semula ke Base Camp menjelang pagi..
Kami ada lebih kurang 4 jam sebelum suasana betol2 cerah..
MasyaAllah sejuknya Allah sahaja yang tahu!
Menggigil dan tidak mampu bergerak kerana kesejukan melampau...
Tetapi kami bertahan dan turun semula ke Lolo Base Camp pada jam lebih kurang 8 pagi..
 Bersiap dan menunggu yang lain sampai turun dari puncak..
Dikhabarkan mereka sampai ke puncak pada jam 7.45 pagi..
Dan ada seorang pendaki yang injured (kaki terseliuh)
Bayangkan kami memulakan pendakian pada jam 1.15 pg dan mereka sampai ke puncak pada jam 7.45 pagi..

Kisah pendakian menuruni Gunung Nuang juga agak menyesakkan..
Aku yang injured terpaksa bertongkat turun...
Surrender dengan keadaan diri..
Terima kasih kepada student yang terjumpa phone 'abg2 scramble' di tengah jalan...
Abg tersebut menaiki Gunung Nuang dengan Scramble dan tercicir phone di tengah jalan.. Kami memulangkan kembali phone tersebut sebagai balasan mereka harus membawa kami turun ke bawah dengan membonceng kami..
Cool kan?
Perasaan lega bercampur senang hati awesome bila naik scramble..
-_____________-"
Sampai di bawah aku terus membuka kasut, Ya Allah sakitnya tuhan aje yang tahu..
Guider di bawah sempat usha truck abg askar pulak untuk tumpangkan kami..
Yaa kami naik truck askar sampai ke tempat bus...

Walaupun misi pendakian Gunung Nuang gagal aku amat bersyukur dengan pengalaman yang dapat aku share kan sikit kat belog kecintaan nie..

Ok guys sampai jumpa nanti...

Assalamualaikum... :)