BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 31, 2012

SERABOT!

Assalamualaikum!



Aku serabot laaa dengan KAU dan KAU..
Semak, menyemak dalam hidup aku..
Kan bagus kalau korang nie blah aje dari hidup aku!
SERABOT!


Assalamualaikum!

Friday, October 19, 2012

TANAM ANGGUR?

Assalamualaikum.. 
Hello readers...Haa ape cerita tanam anggur nie?
Mungkin some people x faham ape yang dimaksudkan dengan tanam anggur..
Tanam anggur = Menganggur.. 
Atau bahasa pasornye tidak mempunyai kerja selepas habis belajar atau grad..

Ok, selaku pekerja dalam bahagian Sumber Manusia aku rase ade sedikit tanggungjawab membantu rakan2 yg x bekerja dengan memberi sedikit tips untuk menghadiri temuduga..
Mungkin ada yang dah beratus interview pergi tapi masih belom ade rezeki..
Meh baca tips kat bawah nie..
Good Luck..
--------------------------------------------

1) Research mengenai jawatan yang dipohon
Ini memang satu kemestian, sekurang-kurangnya amik tahu sedikit mengenai jawatan yg dipohon..
Apa Job Scopenye, Apa yang kamu wajib tahu selaku pemegang jawatan tersebut.. Kalau x tahu sangat Google laaaa...
Kan kamu2 semua pandai dan bijak.. :)

2) Kepoh search sape yg bakal interview anda nanti
Ok, yg ini adalah optional, jika mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi sila laaa buat..
Buka website satu2 company dan nengok sape di dalam jabatan Sumber Manusia dan bakal ketua satu2 Dept. yang dipohon.. Mereka berkemungkinan interview anda.. Sila laaa nengok muke mereka.. mudah-mudahan xde insiden langgar interviewer anda.. HEHE! 

3) Praktis soalan-soalan wajib ditanya dengan kawan baik anda
 Ini sangat berguna untuk menambah confident anda semua sebelum pergi ke interview sebenar..
Ajaklah kawan baik anda tu main interview2.. Bukan apa bolehlah boost confident.. setuju? Buat satu2 sesi sampai tak ada ayat mcm ehhmm, errrrr, paham ke?

4) BERPAKAIAN KEMAS & PROFESIONAL
Kenapa aku CAPSLOCK? Sebab ini adalah elemen paling penting dalam sesebuah temuduga..
Maksud aku SANGAT PENTING! Sebelum disoal jawab (cehh) mestilah mereka akan nengok dan nilai pakaian anda!
TOLONGLAAAHH JANGAN PAKAI JEANS! (jgn ingat xde jadi tau, sebab ade laa aku ckp nie)
The moment anda x berpakaian sesuai, penemuduga dah pangkah anda awal2..

5) Bawa Resume lebih
Haa.. Yang nie pun x kurang penting jugak.. Buatnye satu2 interview ade 10 panel dan anda pulak bawa 1 aje resume kesian mereka nak share.. Phm2 sendiri laaa ye.. :)

6) Datang awal setengah jam
Ketepatan masa adalah antara bende yg mereka tengok.. Kalau anda lambat, tak kan laaa interviewer nak menunggu pulak?
Betol kan? Sila laa datang awal setengah jam.. Bukan apa ini menunjukkan anda komited dan punctual!  

7) Yakin dengan jawapan yang diberikan
Haa! yang ini pulak semasa sesi interview berjalan.. Apa sahaja yang ditanya sila jawab dengan yakin walaupun mungkin salah.. kalau tidak tahu jawab sahaja tidak tahu.. dari keluarkan perkataan mcm errr, heemmm, atau diam sehingga interviewer bosan menunggu anda menjawab! 

8) Tanya soalan bernas dan bijak! 
Sesudah sesi temuduga mesti anda akan ditanya jika ada soalan yang ingin diajukan..
Ini elemen penting jugak.. Tanyalah jawapan yang menampakkan anda bijak.. Jangan tanya soalan remeh seperti waktu makan dan sebagainya.. -______-"

-----------------------------------

Ok rasenye itu aje Tips yang saya boleh bg..
Selamat mencuba, dan selamat maju jaya buat semua kawan2 saya! 

Assalamualaikum!

Wednesday, October 17, 2012

RUMAH IMPIAN..

Assalamualaikum..
Hello readers, rasenye mcm dah lama sangat x menghupdate belog kecintaan..
Ade yg tunggu ke? (kalau ade terima kasih!)

Haaa... Heading kali nie.. Rumah Impianku..
Mestilah setiap dari kite impikan rumah yang selesa, cantik dan rase selamat bila kite berada di dalamnya..
Haa.. Samalah dengan aku..
Aku orang yg sangat simple..
Rumah yang aku impian mmg susah aku nak gambar.. 
Tapi meh nak share sikit a few photos aku curik dri Encik Google ntok tunjuk kat korang rumah impian aku..
Enjoyy~

Ok hall nie mmg aku suke.. Simple putih, but ade warne lain campur paling penting senang kemas! hehe!
Aku mmg berimpian utk ade bilik yg mempunyai glass ceiling ntok nengok bintang dan bulan malam hari! :)

Dapur haruslah pink sikit! Sebab saye akan memasak.. Bukan Husband (kalau kahwin nanti)
Balcony yg kecik mcm nie tp still nampak saye mereka yg tersayang bersembang kosong minum kopi!
Nie tempat paling penting dan biarlah ia sesimple nie.. x serabot bagai..
Well rasenye mmg ini laaa rumah impian saye.. 
Name pun impian..
Let just pray that one day akan dapat..
:)

Assalamualaikum..

Wednesday, October 3, 2012

SYUKUR...

Assalamualaikum..
Apa khabar readers?
Aku masih batok..
Yaa memang dah lama.. 
X elok2.. Habis segala obat batok ditegoknya.. 
-___________-"

Ok meh nak merepek sikit.. :)

-------------------------------------------

Syukur..
Aku tadah tangan tinggi di langit..
Untuk rasa, erti dan kesedaran ini..

Syukur..
Aku tadah tangan tinggi di langit..
Untuk mereka, bonda dan ayahanda serta awak..

Syukur..
Aku tadah tangan tinggi di langit..
Untuk kita, suasana dan rasa hati..

Syukur..
Aku tadah tangan tinggi di langit..
Untuk rezeki, nikmat dan jalan ini..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah! 
-------------------------------------

Assalamualaikum..