BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 28, 2017

SHOW ME THE MONEY

Assalamualaikum,

Berdosa aku bila mana kadang-kadang aku terfikir kenapalah mesti aku lahir di Malaysia, di negara yang serba mencabar ini? Kenapalah tak aku dilahirkan di negara macam US ke UK. Umur 18 tahun sudah ke luar negara memuaskan nafsu untuk meneroka.

Bukan tak boleh buat di Malaysia, tapi aku sejenis manusia pemakan yang mementingkan makan berbanding segalanya. Heh! Jadi kewangan tidak stabil. Di usia menginjak ke angka 28 kelak aduh mampukah?

Kahwin, Ada baby, Travel. Semua duit woi!

Astagfirullah! Mengucap Iqi. Jangan hidup bertuhan duit. In Shaa Allah, ada rezeki dari Allah. Mesti ada rezeki. Itu janji Allah.

Sedang dalam proses menukar kerja, jika Allah bagi izin. Macam aku cakap dalam negara serba mencabar ni carik kerja pon perlu kerja keras jugak. Nak mendapat satu interview mudah nak mendapat satu kerja yang kena dengan segala kehendak kau memang payah.

Sebenarnya stress. Ada plan yang besar kelak, tapi orang kata tak boleh heboh dulu. Jadi aku diam sebab aku stress mikir. Boleh terlaksana ke? Sama-samalah kita membanting tulang empat kerat.

In Shaa Allah, Allah tolong, Allah bantu. Allah ada.

Sekian luahan stress dari lubuk hati yang paling dalam.

Assalamualaikum!

Wednesday, October 19, 2016

LOVE LOVE LOVE




Pretty! hiks! 

Tuesday, September 13, 2016

Assalamualaikum,

Lama rasanya tak update apa-apa dalam blog kecintaan!
Raya Aidilfitri 2016 dah lepas Raya Aidiladha pon dah berlalu.
Pheww! 
Cepatkan masa berlalu.

Ohh well, aku cuma harap yang membaca tak kiralah follower blog nie ke silent reader ke (ada ke?)
sihat dan dalam rahmat Allah sentiasa.


Ohh nah! Bagi yang merindu.

KAH!

Okay dah tak ada modal. Sungguh!


Assalamualaikum.

Monday, August 17, 2015

CATALYST

Assalamualaikum...
Apa khabor? Alhamdulillah...


Hari nie aku nak cerita sikit pasal satu produk yang aku dah guna start November 2014...
CATALYST

Thank Ailana Catalyst (Sumber Google Image)

Aku boleh duduk bawah kategori manusia paling payah nak makan supplement...
Cakap lah apa pun, memang payah aku nak percaya... Kandungannya, fungsinya, keberkesannya semua aku ambil kira...
Bukan apa, sekarang ini di pasaran banyak sangat produk yang tidak diketahui kandungannya malah berbahaya untuk kesihatan... Makan tiga hari dah putih melepak, maaf aku bukan perkecilkan produk macam ini cuma aku tak berani nak mencuba...

Tapi, bila aku ternampak iklan Catalyst (Ailana Catalyst) dalam Instagram rasa tertarik pulak dengan produk yang satu nie.. Catalyst ini kalau kauorang consume kauorang kena konsisten, kauorang kene disiplin, minom air dan rehat yang mencukupi...


Paling famous adalah Catalyst punya Virgin Coconut Oil (VCO)..

Mereka bukan takat jual VCO Softgel/Liquid biasa sahaja, ada juga Pomegranate, Organic Argan Oil & Apricot Kernel Oil...
Masing-masing punya fungsi yang berbeza mengikut keperluan masing-masing...

Aku consume VCO Organic Argan Oil + Colla C... Adik aku Juny consume VCO Softgel + Organic Argan Oil....

Hasilnya?
INI SEBELUM KAMI CONSUME VCO DARI CATALYST

SELEPAS CATALYST
Sejujurnya kami tak nampak apa-apa perubahan pada bulan pertama consume tapi bila ramai orang puji kulit dah mula sekata dan bebas jerawat aku jadi yakin dengan CATALYST!

Ohh ya, CATALYST bukan ada VCO sahaja mereka jugak ada produk wangian, kesihatan dalaman suami & isteri, skincare dan macam-macam lagi...

In Shaa Allah, aku cuba produk-produk lain CATALYST dan aku akan cuba review dekat sini...

Di mana nak dapatkan produk-produk CATALYST?

Whatsapp aku, +60173509747
In Shaa Allah aku boleh share pasal produk ini, nak beli pon tak ada masalah...


Till next time, Assalamualaikum! 

Tuesday, August 11, 2015

KEHADAPAN GEMOK...


REMINDER: Boleh meransang nafsu untuk muntah hijau, jadi bersedia!

Bila masa nie?

Assalamualaikum...

Gemok, Aku Sayang Engkau...

Couple years ago you came into my life.
Engkau cool, tidak pernah mengorat atau mengayat, cukup engkau ambil berat.
Aku malas mahu layan, lalu aku menolak engkau jauh-jauh, tapi engkau keeps coming for me.
Ingat waktu kita mahu keluar untuk kali pertama lalu aku cancelkan last minute?
Aku tahu itu kejam, engkau beriya. Maaf.
Aku sudah tegar dan biasa sendiri, perasaan punya orang ambil berat itu aneh.

Sampai satu hari, engkau bubuh ubat guna-guna pada hati aku.
Rindu. Aku kata I Miss You.
Engkau selamba, lalu hulur tangan mahu forever.
Aku kata Okay sambil pegang water bag di pinggang kerana tanggung sakit senggugut.

Sejak itu, susah engkau ada, senang engkau ada.
Busy aku faham, engkau penat aku tahu.
Aku mengamuk engkau mendengar, Aku maki engkau membebel.
Engkau perlu aku ada, Aku perlu engkau di sisi.

Ada badai, tapi kita promise untuk berdiskusi, jangan lelah with each other.
Aku kadang-kala boleh jadi singa lalu engkau jadi ayah.
Masih cool macam dua tahun lalu.
Tapi pakcik yang kuat membebel ini aku sayang, mohon selamanya.

Monday, July 27, 2015

SEDEKAH (KUASA MEMBERI)

Assalamualaikum

Hello! Lama betol rasanya tak update belog kecintaan.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Raya macam mane? Okay?
Alhamdulillah!

Aku duduk di meja bulat tepi receptionist.
Boss aku selalu cakap meja tu nama singkatannya UPP.
Apa UPP? Unproductive People Place.
HAHA!

Tapi bukan semua duduk situ sebab pemalas atau mengulor, tapi lebih kepada longgarkan lutut dan tengkok setelah seharian mengadap komputer (Bersangka baik).
Satu hari, aku sibuk mengunyah kuih raya di situ, datang seorang Hamba Allah.

Bilangnya kepada aku.

Hamba Allah: Dhania sehari berapa ringgit kau peruntukkan untuk makan?
Aku: Lebih kurang RM20, secara kasarnya lah.
Hamba Allah: Tahu tak macam mana nak kurangkan berat badan selain detox, makan buah semua tu? (Sebelom tu kami bersembang mengenai kebaikan air detox kepada tubuh badan)
Aku: Hurm, kurangkan makan lah.
Hamba Allah: Betol, kau kena kurangkan makan, peruntukan kau sehari RM20 kan untuk makan?
Cuba makan sehari RM10 sahaja lagi RM10 kau sedekah. In Shaa Allah mesti ada keberkatan. Malah, cukup kau makan dengan sehari RM10 tu. Bila kau kurang makan, mesti berat badan berkurang.
Aku: Ohh, ye lah kan? 

Conversation kami mati di situ, Hamba Allah nie berlalu pergi.
Kadang-kadang dalam hidup kan, kita selalu terlupa betapa hebatnya kuasa bersedekah.
Lebih banyak kita memberi, lebih lapang dan senang kita rasa.
Cuba jalankan eksperimen sendiri, sama-sama kita cuba.
In Shaa Allah mesti rasa perubahan.

Assalamualaikum

Monday, June 8, 2015

PENGAKUAN SEORANG GEMOK!

Assalamualaikum...

Masalah dia dengan badan aku sekarang adalah aku gemok.
Iye, G-E-M-O-K!

Sumber Encik Google..

Masalah dia dengan orang gemok macam aku adalah kadang-kadang ada masa kau boleh rasa sangat down! Bila aku cakap down tolong bayangkan manusia gemok menangis sorang-sorang dalam toilet waktu mandi, download segala apps untuk bersenam dalam phone dan yaa at the end of the day you turn to food!

"Kau yang tak nak berusaha!"

Masalah jugak dengan manusia lain adalah mereka tidak tahu gemok jugak adalah sejenis penyakit mental.
Bayangkan setiap pagi engkau bangon tidor dengan perot yang berbunyi dan rasa mual sebab engkau lapor.
Celik sahaja mata benda pertama engkau fikir adalah "Roti canai atau Nasik Lemak?"

Betapa susahnya engkau nak kawal nafsu engkau sendiri, sampai satu tahap engkau halang diri daripada makan TAPI TAK SAMPAI SEMINGGU KAU BALEK PADA HABIT LAMA, dan yang paling terok bila engkau mula salahkan pengusaha baju dan seluor sebab buat size kecik, engkau mula salahkan baka engkau yang sememangnya kuat makan dan besor daripada baby, engkau salahkan orang sekeliling sebab tak supportive.

Masalah dia adalah, aku sendiri yang dah gila..
Tak mampu nak kawal diri sendiri, pemalas, tak reti nak makan ikot portion yang betol..
Akhirnya semua pasal aku...

Dan engkauorang nak tahu apa yang paling neraka antara neraka-neraka lemak semua nie?
Bila engkauorang sendiri terima kenyataan yang engkauorang gemok dan relakan sahaja orang lain panggil  engkau gemok.. Beli baju orang gemok, makan makanan orang gemok, tidor macam seorang gemok, segala-galanya gemok...

Stress tahu? Dah lepas nie jangan sapa ajak aku makan lagi...
AKU NAK KURUS!

Sekian dari GEMOK yang nak KURUS!